Saturday, April 28, 2012

Projek Dwi Bahanapi Enjin Petrol


Tarikh Kemaskini : 18.5.2012

Projek kerjasama dengan Institiut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu Sabah ini adalah menggunakan Gas LPG sebagai bahanapi enjin kenderaan petrol.Projek ini adalah juga merupakan projek penambahbaikkan rekacipta sistem yang dibangunkan oleh En. Wahab ( perekacipta sistem ).Akhirnya pada 7 April 2012, projek  ini berjaya dihasilkan.Ianya merupakan kenangan manis pasukan di dalam projek ini  kerana sebelum ini perekacipta dari India dan Thailand gagal dengan sistem ini.Rekacipta ini berbeza dengan sistem NGV ataupun CNG yang telah sedia ada digunakan di Malaysia.Tidak seperti CNG dan NGV yang menggunakan tangki gas pasangsiap dengan tekanan gas yang amat tinggi , rekacipta ini hanya menggunakan tong gas biasa yang digunakkan pada dapur memasak di rumah. Bagi setong gas yang berharga RM28, perjalanan dari  Kota Kinabalu ke Sandakan mencukupi untuk kenderaan 1200 cc. 
Senarai Nama Pasukan Projek:
  1. En. Wahab (  Perekacipta Bebas {Sandakan} &  Perekacipta Sistem  )
  2. En. Tamrin ( Pensyarah Universiti Malaysia Sabah Cawangan WP Labuan )
  3. En. Jupili ( Pensyarah Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
  4. En. Rahman (  Perekacipta Bebas { Kota Kinabalu } &  Draf Daftar Paten Rekacipta )
  5. En. Zainuddin (  Perekacipta Bebas { Kota Belud } & Guru Giat Mara Negeri Sabah )
  6. En. Obey ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
  7. En. Firdaus   ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
  8. En. Nelson   ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
  9. En. Kelvin   ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
  10. En. Mohd Asrul Tan ( Publisiti SAINS {Tenom} Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise )
  11. En. Shelton Chirst Pool ( Pemasangan saluran { Berpengalaman dalam bidang pemasangan  CNG/NGV)
Sebahagian dari ahli pasukan projek
Vedio Kejayaan Kami

Pengenalan
Projek inovasi Bahanapi LPG untuk enjin kenderaan petrol adalah pada awalnya dilakukan secara hobi oleh Perekacipta sistem serta penemuan formula oleh Saudara Wahab yang berasal daripada daerah Sandakan pada tahun 2007 lagi.Pada tahun 2011, saudara Tamrin yang merupakan pensyarah Universiti Malaysia Sabah dan merupakan seorang sahabat kepada Perekacipta asal , telah memfailkan pendaftaran Paten Sistem yang dihasilkan oleh perekacipta . Pada masa yang sama, saudara Tamrin juga telah mendaftarkan rekacipta beliau iaitu A Heating Apparatus dan merupakan rekacipta sokongan . Pada julai tahun 2011 pula satu pertemuan telah dibuat antara saudara Tamrin dengan Pihak Institiut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu Sabah untuk memulakan kerjasama antara beliau dengan Pihak  ILP kota Kinabalu. Bermulalah suatu langkah pembangunan rekacipta yang dihasilkan oleh Saudara Wahab apabila Pihak ILP Kota Kinabalu memperkenalkan seorang Perekacipta Bebas iaitu En. Rahman kepada En. Tamrin. Suatu pertemuan dibuat pada bulan oktober antara En. Tamrin dengan En. Rahman telah menghasilkan suatu komitmen bersama bagi menjayakan lagi rekacipta.
Pada 24 Mac 2012, Pihak Giat Mara Negeri Sabah telah menganjurkan pertandingan Rekacipta bertempat di daerah Semporna, Pertemuan telah berlaku antara ketiga-tiga Individu ini serta suatu perhubungan telah terjalin.Pada masa yang sama saudara Zainuddin iaitu salah seorang tenaga pengajar di Giat Mara amat intim menyertai sebarang perbincangan berkenaan Sistem Bahanapi LPG.Hasil daripada pertemuan di program tersebut maka, sekembalinya saudara Rahman dari daerah semporna maka suatu pasukan telah dibentuk di ILP Kota Kinabalu yang di sertai oleh 4 orang pelajar Automotif iaitu En. Firdaus , En. Obey, En. Kelvin dan En. Nelson manakala seorang Pensyarah iaitu En. Jupili sebagai ketua pasukan manakala En. Rahman sebagai pembantu rekacipta.
Selepas rekabentuk rekacipta dibuat, maka kerja-kerja menghasilkan rekacipta ini bermula.Hasil tunjuk ajar saudara Wahab, maka rekacipta ini Berjaya dihasilkan pada 7 April 2012.Sungguhpun begitu didapati juga semasa kerja-kerja penghasilan rekacipta ini, beberapa rekacipta juga telah dihasilkan bagi menyokong rekacipta tersebut lebih sempurna.
Hasilnya, melalui kerja-kerja inovasi maka sebanyak 5 paten telah dibuat.Antara paten rekacipta adalah seperti berikut :

1.       Sistem Bahanapi LPG untuk Enjin Petrol
      ( Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia  PI 2011002911 )
Direkacipta oleh Saudara Wahab dan pemilik Paten.
2.       
      Sistem pencairan cecair Gas ( A Heating Apparatus )
      (Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia  PI 2011002911 )
Direkacipta oleh Saudara Tamrin dan pemilik Paten.
3.      
      Kotak Kit Pengawal Bekalan Aliran Gas Kenderaan Enjin Bahanapi Petrol
(     (Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek MalaysiaPI 201200 2144)
Direkacipta bersama oleh En. Rahman,En. Jupili,En. Firdaus,En. Obey,En. Kelvin &  En. Nelson
Manakala hakmilik paten adalah Hakmilik Bersama.
4.       
       Kotak Kit Pengawal Kuantiti Bekalan Aliran Gas Kenderaan Enjin Bahanapi Petrol
       (Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia PI 2012002022)
Direkacipta bersama oleh En. Rahman,En. Jupili,En. Firdaus,En. Obey,En. Kelvin &  En. Nelson
Manakala hakmilik paten adalah Hakmilik Bersama.

5.       Kotak Kit Pengawal Bekalan Dan Kuantiti  Aliran Gas Kenderaan Enjin Bahanapi Petrol
      ( Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia PI2012003678 )
Direkacipta bersama oleh En. Rahman,En. Jupili,En. Firdaus,En. Obey,En. Kelvin &  En. Nelson
Manakala hakmilik paten adalah Hakmilik Institiut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah.


Gambar kerja-kerja pemasangan dan ujian rekacipta

Para Pelajar ILP Kota Kinabalu yang juga merupakan pemilik  Harta Intelek bersama
Dari Kiri : En. Nelson,En. Firdaus, En. Kelvin dan En. Obey.

Gambar kenangan pasukan SAINS bersama Pemangku  Ketua Pegawai Eksekutif 
Yayasan Inovasi Malaysia bertempat di Hotel Meridian Kota Kinabalu,SABAH.
Dari kiri En Firdaus,En Kelvin,Puan Sharmila,En Zainudin,En Jupili,CEO YIM,En Rahman,En Nelson,En Obey dan En Mohd Asrul Tan











Saturday, August 13, 2011

LATARBELAKANG RINGKAS REKACIPTA



 © Utusan Melayu (M) Bhd   
02/12/2012
Inovasi cegah curi kenderaan

Kotak mengandungi telefon bimbit yang akan dipasang di dalam kenderaan.

MASALAH kecurian kenderaan menyebabkan seorang pereka muda dari negeri di bawah bayu Sabah menghasilkan Smart Handphone Box.Perekanya, D H Mil Rahman Biok telah berjaya menghasilkan ciptaan terbarunya itu untuk sistem keselamatan kenderaan.
Ciptaan itu telah menarik minat penganjur Jejak Inovasi iaitu Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) membawa Rahman dan inovasinya untuk dipamerkan sempena Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur (WIFKL 2012) baru-baru ini.Smart Handphone Box yang telah dipatenkan itu membolehkan kenderaan 'memberitahu' pemiliknya jika diceroboh atau dicuri walaupun sistem keselamatan kereta telah diputus atau dirosakkan.
Wakil Rahman, Jupili Waiman berkata, sistem berkenaan boleh disambungkan dengan mudah ke sistem keselamatan kereta tanpa pengubahsuaian besar pada kenderaan."Ia hanya menggunakan mekanisme mudah yang akan mendail nombor telefon yang telah didaftarkan dalam senarai pemanggil seperti pemilik, keluarga atau pihak berkuasa," katanya semasa ditemui di WIFKL.
Menurutnya, mekanisme berkenaan akan berfungsi apabila sistem keselamatan diaktifkan atau semasa sistem keselamatan kenderaan diceroboh tanpa pengetahuan penjenayah.Rahman mendapat idea bagi rekaannya apabila adiknya tersilap mendail nombor telefonnya pada 1996.
Ketika itu dia tahu peralatan yang boleh 'memberitahu' pemilik kenderaan jika kenderaan dicuri boleh dibangunkan.Bagaimanapun Rahman tidak dapat membinanya kerana ketika itu komponen yang diperlukan sukar didapati.Kini setelah 15 tahun, Rahman mendapati komponen berkenaan mudah didapati di kedai-kedai elektronik di bandar Kota Kinabalu, Sabah.

CanggihMenurutnya, kini sistem yang lebih maju dan canggih boleh didapati dengan kos kira-kira RM5,000 tetapi beliau sendiri boleh membina dengan harga yang mampu dimiliki oleh semua orang tanpa menggunakan telefon bimbit.Apa yang lebih menarik kata Jupili, peralatan ini boleh mengesan lokasi kenderaan walaupun berada di dalam bangunan.
"Kenderaan yang dipasang dengan sistem itu akan menghantar SMS apabila kenderaan diceroboh walaupun pemilik berada di tempat lain."Ini berbeza dengan sistem keselamatan yang hanya membunyikan penggera jika kenderaan diceroboh," katanya.
Ini membolehkan pemilik menghantar SMS kepada kenderaan mengenai langkah seterusnya sama ada menghentikan kenderaan, mengunci pintu atau apa-apa arahan yang telah didaftarkan.Ini memberikan peluang kepada pemilik kenderaan untuk menelefon pihak berkuasa seperti polis bagi mengesan kenderaan mereka.
Malah kaedah ini membantu pemilik yang sering terlupa mengunci pintu kenderaan mereka.Jupili berkata, peralatan berkenaan bukan saja boleh digunakan bagi kereta tetapi kenderaan lain seperti motosikal dan hartanah seperti rumah, gudang atau pejabat.
Peralatan berkenaan juga boleh ditambah fungsi dengan memberhentikan kotak gear atau aliran petrol ke kereta apabila sistem diaktifkan.Ini bermakna penjenayah tidak dapat lari jauh dengan kereta yang dilengkapi sistem ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20121202/st_01/Inovasi-cegah-curi-kenderaan#ixzz2JqtGsEK2

Sunday, January 30, 2011

Berpengakap Menjana Kreatifviti

ANDA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH AKTA 114A SEKIRANYA MENULIS KOMEN
 YANG MELANGGAR 
UNDANG-UNDANG NEGARA









Menyertai Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia Cawangan Sabah pada 29 Januari 2011 semasa Makan Malam ahli persaudaraan bertempat di Berjaya Palace Hotel. Idea yang mula tercetus ini pada tahun 1992 semasa Jambori ke 8 Malaysia di Tambunan.Saudara Ahmed Tariq Datuk Aripen adalah inidividu yang amat berjasa melahirkan PPRMCS serta menjayakan makan malam PPRMCS yang pertama.Tak cukup meja di luar jangkaan kerana cinta masih terhadap Pengakap amat tinggi, biarpun tidak seaktif dahulu, namun masih mahu ambil berat.




 Menerima Anugerah Lencana Pengakap Diraja daripada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Almarhum Tun Said Keruak pada Mac 1988. Anugerah ini merupkaan sasaran penyertaan para remaja yang menyertai Pertubuhan Pengakap sedunia untuk diperolehi. Peluang sekali dalam seumur hidup melangkah ke Istana negeri sambil menerima anugerah daripada Ketua Pemerintahan Negeri iaitu Tuan Yang Terutama wakil kepada Duli Yang maha Mulia Seri Paduka Baginda.


Keratan Akhbar Sabah Times 1 April 1988. Daripada puluhan ribu pengakap ketika itu hanya 13 orang pengakap yang berjaya menerima anugerah ini daripada Tuan Yang Terutama Almarhum Tun Said Keruak.