Tuesday, May 22, 2012

Latarbelakang Ringkas SAINS ( Fungsi & Prestasi )




ANDA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH AKTA 114A SEKIRANYA MENULIS KOMEN
 YANG MELANGGAR 
UNDANG-UNDANG NEGARA







Tarikh Kemaskini : 4 Julai  2012 

SAINS atau Sabah Invention Service adalah suatu program yang diasaskan oleh Pemilik Syarikat Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise.

Rasional Program SAINS : 

Visi        -    Menjadikan kerjaya baru iaitu Penghasilan Harta Intelek
 sebagai suatu kerjaya yang mampu menjamin masa hadapan.

Misi       -    Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang sumbangan
  harta intelek terhadap setiap individu.

Tujuan  -    Mempamerkan penghasilan harta intelek yang dihasilkan
   oleh pemilik harta intelek kepada masyarakat.

Objektif -   Menjadikan budaya inovasi dan rekacipta sebagai suatu
   aktiviti masyarakat.

 Peranan Program SAINS adalah seperti berikut :

  1. Membantu pemilik harta intelek mendaftarkan samada   rekacipta,paten,Hakcipta Terpelihara,Susunatur Litar  bersepadu dan  Cap dagangan ( Trademark).
  2. Membantu draf pendaftaran paten rekacipta, draf Cap Dagangan ( Trademark) , Teknik memiliki Hakcipta Terpelihara serta susunatur litar bersepadu.
  3. Menyediakan Smart Partnership Programe ( Program Perkongsian   Pintar ) dengan Pemilik Harta Intelek.
  4. Menjalankan program pameran bergerak harta Intelek.
  5. Mempromosikan harta intelek yang telah ada oleh hasil anak tempatan Sabah kepada Masyarakat.
  6. Mendapatkan pelabur yang serasi dengan pemilik harta Intelek untuk memasarkan produk.
  7. Menjalankan Jejak Perekacipta Sabah dengan mengadakan Roadshow ke seluruh negeri Sabah sebulan sekali.
  8.  Menyokong usaha Kerajaan melalui MOSTI dan Yayasan Inovasi Malaysia sambil mempromosikan secara sukarela kedua-dua agensi  tersebut.



Halatuju SAINS :

Aktiviti Program SAINS bukanlah untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya dimiliki oleh Syarikat Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise. Ianya merupakan payung untuk para perekacipta atau inovator bagi meneruskan usaha hasil harta intelek mereka. Melalui konsep menang-menang” maka ahli pasukan SAINS akan berkerjasama antara satu sama lain biarpun Program ini tidak mempunyai sebarang dana menjalankan aktivitinya.Setiap Dana yang diperlukan adalah dikeluarkan sendiri oleh para peserta aktiviti setakat kemampuan kewangan mereka.Aktiviti secara sukarela ini akan memberi motivasi kepada pihak ahli SAINS untuk terus mencapai impian memasarkan produk harta intelek mereka kepada pengguna.

Dana SAINS :

SAINS tidak memungut sebarang bentuk pembayaran tetap kepada ahli Pasukan serta tidak mempunyai rekod kewangan.Sekiranya ada aktiviti pameran atau roadshow, para ahli yang mampu menyertai aktiviti tersebut hanya perlu menyediakan bahan atau peralatan semasa pameran manakala sebarang pembelian dilakukan sendiri oleh sesiapa sahaja yang rela membuat pembelian.



Senarai Harta Intelek Yang sudah dipatenkan oleh Para Ahli SAINS:

1. Smart Handphone Box ( 2011) { 8 Model }
2. Drain Shaft Trap Puller ( 2011 )
3. Drain Oil Trap (2011)
4. Oil Fat Trap & Filter ( 2011 )
5. LPG Vehicle System ( 2011 )
6. A Heating Apparatus ( 2011)
7. LPG Petrol Engine Flow Supply Control Box Kit (2012 )
8. LPG Petrol Engine Mixture  Supply Control Box Kit (2012 )
9. SHB Genius Charger ( 2012 )


Senarai Harta Intelek Yang sedang dibangunkan oleh Para Ahli SAINS :

1. Magic Genset
2. Hydro Fuel
3. Diesel Hybrid Fuel Engine System
4. 12V Fuel Station
5. Laptop Battery Long Life System
6. Vehicle Anti Cabin Heat
7. Computer 5 in 1 Device
8. Electronic Locking System




Senarai Ahli SAINS yang telah memiliki PATEN di Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 23 Mei 2012

1. En. Rahman ( 6 paten ) ( amX2e )
2. En. Jupili ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pensyarah} 2012
3. En. Firdaus ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
4. En. Kelvin ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
5. En. Obey ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
6. En. Nelson ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
7. En. Tamrin Amboala (1 Paten )  { Pensyarah } 2011
8. En. Wahab (1 Paten ) { Chargeman} 2011

Contoh Pengiktirafan Pemilikan Paten





Senarai Ahli SAINS yang telah mendaftarkan Inovasi di
 Yayasan Inovasi Malaysia

1. Encik Zainuddin ( Friendly Soap Tray ) { 2012}
2. Encik  Asrul Tan ( Battery Water Level Indicator ) { 2012 }

Perbandingan Prestasi Pasukan SAINS 


Kejayaan Kami Yang Sulung
2 Orang Ahli SAINS daripada 3 Pasukan mewakili SAINS
menerima pengiktirafan daripada Yayasan Inovasi Malaysia



© Hakcipta Terpelihara Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise 











No comments:

Post a Comment