ANDA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH AKTA 114A SEKIRANYA MENULIS KOMEN
YANG MELANGGAR
UNDANG-UNDANG NEGARA
Tarikh Kemaskini : 4 Julai 2012
SAINS atau Sabah Invention Service adalah suatu program yang diasaskan oleh Pemilik Syarikat Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise.
Rasional Program SAINS :
Visi - Menjadikan kerjaya baru iaitu Penghasilan Harta Intelek
sebagai suatu kerjaya yang mampu menjamin masa hadapan.
Misi - Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang sumbangan
harta intelek terhadap setiap individu.
Tujuan - Mempamerkan penghasilan harta intelek yang dihasilkan
oleh pemilik harta intelek kepada masyarakat.
Objektif - Menjadikan budaya inovasi dan rekacipta sebagai suatu
aktiviti masyarakat.
Peranan Program SAINS adalah seperti berikut :
- Membantu pemilik harta intelek mendaftarkan samada rekacipta,paten,Hakcipta Terpelihara,Susunatur Litar bersepadu dan Cap dagangan ( Trademark).
- Membantu draf pendaftaran paten rekacipta, draf Cap Dagangan ( Trademark) , Teknik memiliki Hakcipta Terpelihara serta susunatur litar bersepadu.
- Menyediakan Smart Partnership Programe ( Program Perkongsian Pintar ) dengan Pemilik Harta Intelek.
- Menjalankan program pameran bergerak harta Intelek.
- Mempromosikan harta intelek yang telah ada oleh hasil anak tempatan Sabah kepada Masyarakat.
- Mendapatkan pelabur yang serasi dengan pemilik harta Intelek untuk memasarkan produk.
- Menjalankan Jejak Perekacipta Sabah dengan mengadakan Roadshow ke seluruh negeri Sabah sebulan sekali.
- Menyokong usaha Kerajaan melalui MOSTI dan Yayasan Inovasi Malaysia sambil mempromosikan secara sukarela kedua-dua agensi tersebut.
Halatuju
SAINS :
Aktiviti Program SAINS bukanlah untuk
mendapatkan keuntungan walaupun ianya dimiliki oleh Syarikat Al-Mukmin
& Al-Malik Enterprise. Ianya merupakan payung untuk para perekacipta
atau inovator bagi meneruskan usaha hasil harta intelek mereka. Melalui
konsep “menang-menang” maka ahli pasukan SAINS akan berkerjasama antara
satu sama lain biarpun Program ini tidak mempunyai sebarang dana
menjalankan aktivitinya.Setiap Dana yang diperlukan adalah dikeluarkan sendiri
oleh para peserta aktiviti setakat kemampuan kewangan mereka.Aktiviti
secara sukarela ini akan memberi motivasi kepada pihak ahli SAINS untuk
terus mencapai impian memasarkan produk harta intelek mereka
kepada pengguna.
Dana SAINS :
SAINS tidak memungut sebarang bentuk pembayaran tetap kepada ahli Pasukan serta tidak mempunyai rekod kewangan.Sekiranya ada aktiviti pameran atau roadshow, para ahli yang mampu menyertai aktiviti tersebut hanya perlu menyediakan bahan atau peralatan semasa pameran manakala sebarang pembelian dilakukan sendiri oleh sesiapa sahaja yang rela membuat pembelian.
Senarai Harta Intelek Yang sudah dipatenkan oleh Para Ahli SAINS:
1. Smart Handphone Box ( 2011) { 8 Model }
2. Drain Shaft Trap Puller ( 2011 )
3. Drain Oil Trap (2011)
4. Oil Fat Trap & Filter ( 2011 )
5. LPG Vehicle System ( 2011 )
6. A Heating Apparatus ( 2011)
7. LPG Petrol Engine Flow Supply Control Box Kit (2012 )
8. LPG Petrol Engine Mixture Supply Control Box Kit (2012 )
9. SHB Genius Charger ( 2012 )
Senarai Harta Intelek Yang sedang dibangunkan oleh Para Ahli SAINS :
1. Magic Genset
2. Hydro Fuel
3. Diesel Hybrid Fuel Engine System
4. 12V Fuel Station
5. Laptop Battery Long Life System
6. Vehicle Anti Cabin Heat
7. Computer 5 in 1 Device
8. Electronic Locking System
Senarai Ahli SAINS yang telah memiliki PATEN di Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 23 Mei 2012
1. En. Rahman ( 6 paten ) ( amX2e )
2. En. Jupili ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pensyarah} 2012
3. En. Firdaus ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
4. En. Kelvin ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
5. En. Obey ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
6. En. Nelson ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
7. En. Tamrin Amboala (1 Paten ) { Pensyarah } 2011
8. En. Wahab (1 Paten ) { Chargeman} 2011
7. En. Tamrin Amboala (1 Paten ) { Pensyarah } 2011
8. En. Wahab (1 Paten ) { Chargeman} 2011
Contoh Pengiktirafan Pemilikan Paten
Senarai Ahli SAINS yang telah mendaftarkan Inovasi di
Yayasan Inovasi Malaysia
1. Encik Zainuddin ( Friendly Soap Tray ) { 2012}
2. Encik Asrul Tan ( Battery Water Level Indicator ) { 2012 }
Perbandingan Prestasi Pasukan SAINS
Kejayaan Kami Yang Sulung
![]() |
| 2 Orang Ahli SAINS daripada 3 Pasukan mewakili SAINS menerima pengiktirafan daripada Yayasan Inovasi Malaysia |
© Hakcipta Terpelihara Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise





