Tarikh Kemaskini : 18.5.2012
Projek kerjasama dengan Institiut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu Sabah ini adalah menggunakan Gas LPG sebagai bahanapi enjin kenderaan petrol.Projek ini adalah juga merupakan projek penambahbaikkan rekacipta sistem yang dibangunkan oleh En. Wahab ( perekacipta sistem ).Akhirnya pada 7 April 2012, projek ini berjaya dihasilkan.Ianya merupakan kenangan manis pasukan di dalam projek ini kerana sebelum ini perekacipta dari India dan Thailand gagal dengan sistem ini.Rekacipta ini berbeza dengan sistem NGV ataupun CNG yang telah sedia ada digunakan di Malaysia.Tidak seperti CNG dan NGV yang menggunakan tangki gas pasangsiap dengan tekanan gas yang amat tinggi , rekacipta ini hanya menggunakan tong gas biasa yang digunakkan pada dapur memasak di rumah. Bagi setong gas yang berharga RM28, perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan mencukupi untuk kenderaan 1200 cc.
Senarai Nama Pasukan Projek:
- En. Wahab ( Perekacipta Bebas {Sandakan} & Perekacipta Sistem )
- En. Tamrin ( Pensyarah Universiti Malaysia Sabah Cawangan WP Labuan )
- En. Jupili ( Pensyarah Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
- En. Rahman ( Perekacipta Bebas { Kota Kinabalu } & Draf Daftar Paten Rekacipta )
- En. Zainuddin ( Perekacipta Bebas { Kota Belud } & Guru Giat Mara Negeri Sabah )
- En. Obey ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
- En. Firdaus ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
- En. Nelson ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
- En. Kelvin ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
- En. Mohd Asrul Tan ( Publisiti SAINS {Tenom} Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise )
- En. Shelton Chirst Pool ( Pemasangan saluran { Berpengalaman dalam bidang pemasangan CNG/NGV)
![]() |
| Sebahagian dari ahli pasukan projek |
Vedio Kejayaan Kami
Pengenalan
Projek inovasi Bahanapi LPG untuk
enjin kenderaan petrol adalah pada awalnya dilakukan secara hobi oleh
Perekacipta sistem serta penemuan formula oleh Saudara Wahab yang berasal
daripada daerah Sandakan pada tahun 2007 lagi.Pada tahun 2011, saudara Tamrin
yang merupakan pensyarah Universiti Malaysia Sabah dan merupakan seorang
sahabat kepada Perekacipta asal , telah memfailkan pendaftaran Paten Sistem
yang dihasilkan oleh perekacipta . Pada masa yang sama, saudara Tamrin juga
telah mendaftarkan rekacipta beliau iaitu A Heating Apparatus dan merupakan
rekacipta sokongan . Pada julai tahun 2011 pula satu pertemuan telah dibuat
antara saudara Tamrin dengan Pihak Institiut Latihan Perindustrian Kota
Kinabalu Sabah untuk memulakan kerjasama antara beliau dengan Pihak ILP kota Kinabalu. Bermulalah suatu langkah
pembangunan rekacipta yang dihasilkan oleh Saudara Wahab apabila Pihak ILP Kota
Kinabalu memperkenalkan seorang Perekacipta Bebas iaitu En. Rahman kepada En.
Tamrin. Suatu pertemuan dibuat pada bulan oktober antara En. Tamrin dengan En.
Rahman telah menghasilkan suatu komitmen bersama bagi menjayakan lagi
rekacipta.
Pada 24 Mac 2012, Pihak Giat Mara
Negeri Sabah telah menganjurkan pertandingan Rekacipta bertempat di daerah
Semporna, Pertemuan telah berlaku antara ketiga-tiga Individu ini serta suatu
perhubungan telah terjalin.Pada masa yang sama saudara Zainuddin iaitu salah
seorang tenaga pengajar di Giat Mara amat intim menyertai sebarang perbincangan
berkenaan Sistem Bahanapi LPG.Hasil daripada pertemuan di program tersebut
maka, sekembalinya saudara Rahman dari daerah semporna maka suatu pasukan telah
dibentuk di ILP Kota Kinabalu yang di sertai oleh 4 orang pelajar Automotif
iaitu En. Firdaus , En. Obey, En. Kelvin dan En. Nelson manakala seorang
Pensyarah iaitu En. Jupili sebagai ketua pasukan manakala En. Rahman sebagai pembantu
rekacipta.
Selepas rekabentuk rekacipta
dibuat, maka kerja-kerja menghasilkan rekacipta ini bermula.Hasil tunjuk ajar
saudara Wahab, maka rekacipta ini Berjaya dihasilkan pada 7 April
2012.Sungguhpun begitu didapati juga semasa kerja-kerja penghasilan rekacipta
ini, beberapa rekacipta juga telah dihasilkan bagi menyokong rekacipta tersebut
lebih sempurna.
Hasilnya, melalui kerja-kerja
inovasi maka sebanyak 5 paten telah dibuat.Antara paten rekacipta adalah
seperti berikut :
1. Sistem
Bahanapi LPG untuk Enjin Petrol
( Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia PI 2011002911 )
( Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia PI 2011002911 )
Direkacipta oleh
Saudara Wahab dan pemilik Paten.
2.
Sistem pencairan cecair Gas ( A Heating Apparatus )
(Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia PI 2011002911 )
Sistem pencairan cecair Gas ( A Heating Apparatus )
Direkacipta oleh
Saudara Tamrin dan pemilik Paten.
3.
Kotak Kit Pengawal Bekalan Aliran Gas Kenderaan Enjin Bahanapi Petrol
( (Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek MalaysiaPI 201200 2144)
Kotak Kit Pengawal Bekalan Aliran Gas Kenderaan Enjin Bahanapi Petrol
Direkacipta
bersama oleh En. Rahman,En. Jupili,En. Firdaus,En. Obey,En. Kelvin & En. Nelson
Manakala
hakmilik paten adalah Hakmilik Bersama.
4.
Kotak Kit Pengawal Kuantiti Bekalan Aliran Gas Kenderaan Enjin Bahanapi Petrol
(Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia PI 2012002022)
Kotak Kit Pengawal Kuantiti Bekalan Aliran Gas Kenderaan Enjin Bahanapi Petrol
(Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia PI 2012002022)
Direkacipta
bersama oleh En. Rahman,En. Jupili,En. Firdaus,En. Obey,En. Kelvin & En. Nelson
Manakala
hakmilik paten adalah Hakmilik Bersama.
5. Kotak Kit Pengawal Bekalan Dan
Kuantiti Aliran Gas Kenderaan Enjin
Bahanapi Petrol
( Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia PI2012003678 )
( Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia PI2012003678 )
Direkacipta
bersama oleh En. Rahman,En. Jupili,En. Firdaus,En. Obey,En. Kelvin & En. Nelson
Manakala hakmilik paten adalah Hakmilik Institiut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah.| Gambar kerja-kerja pemasangan dan ujian rekacipta |
| Para Pelajar ILP Kota Kinabalu yang juga merupakan pemilik Harta Intelek bersama Dari Kiri : En. Nelson,En. Firdaus, En. Kelvin dan En. Obey. |
Gambar kenangan pasukan SAINS bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Inovasi Malaysia bertempat di Hotel Meridian Kota Kinabalu,SABAH.
| Dari kiri En Firdaus,En Kelvin,Puan Sharmila,En Zainudin,En Jupili,CEO YIM,En Rahman,En Nelson,En Obey dan En Mohd Asrul Tan |
