Monday, June 18, 2012

MENYERTAI JEJAK INOVASI OLEH YAYASAN INOVASI MALAYSIA


ANDA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH AKTA 114A SEKIRANYA MENULIS KOMEN
 YANG MELANGGAR 
UNDANG-UNDANG NEGARA




Tarikh Kemaskini 10 Disember  2012















Kami Bersama Yayasan Inovasi Malaysia
Menggalakan Inovasi & Kreatifviti Untuk Kehidupan.


Vedio Berkenaan Kejayaan Kami di Kota Marudu , Sabah .
Vedio ini adalah dikeluarkan oleh Pihak Yayasan Inovasi Malaysia.


Vedio Koleksi Gambar Kami Semasa menyertai
 Program Jejak Inovasi Negeri Sabah 2012.






Menyertai Pameran di World Innovation Forum 2012
bertempat di KLCC, Kuala Lumpur.

Menerima Inovasi Pilihan Juri
Program Inkubator 




                                  




Membuat Pameran di Khemah Yayasan Inovasi Malaysia
sempena Pesta Jagung pada 11/11/2012
Menjalankan Program Kids Invent Peringkat Negeri Sabah di
Kota Marudu Mac 2013
Menerima sumbangan Tools dai Yayasan Inovasi Malaysia melalui
CEO YIM Dr. Mazalan & Menteri Mosti Datuk Dr. Maximus Ongkili
semasa program Kids Invent
Menjayakan Program Hands On Penggerak Inovasi 1 Malaysia
di Kota Marudu Mac 2013.

                                   
Menjelaskan tentang Inovasi Smart Handphone Box kepada
Menteri Mosti Datuk Dr. Ewon Ebin sempena
Karnival Sains & Inovasi di Ranau pada Julai 2013

Tuesday, May 22, 2012

Latarbelakang Ringkas SAINS ( Fungsi & Prestasi )




ANDA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH AKTA 114A SEKIRANYA MENULIS KOMEN
 YANG MELANGGAR 
UNDANG-UNDANG NEGARA







Tarikh Kemaskini : 4 Julai  2012 

SAINS atau Sabah Invention Service adalah suatu program yang diasaskan oleh Pemilik Syarikat Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise.

Rasional Program SAINS : 

Visi        -    Menjadikan kerjaya baru iaitu Penghasilan Harta Intelek
 sebagai suatu kerjaya yang mampu menjamin masa hadapan.

Misi       -    Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang sumbangan
  harta intelek terhadap setiap individu.

Tujuan  -    Mempamerkan penghasilan harta intelek yang dihasilkan
   oleh pemilik harta intelek kepada masyarakat.

Objektif -   Menjadikan budaya inovasi dan rekacipta sebagai suatu
   aktiviti masyarakat.

 Peranan Program SAINS adalah seperti berikut :

  1. Membantu pemilik harta intelek mendaftarkan samada   rekacipta,paten,Hakcipta Terpelihara,Susunatur Litar  bersepadu dan  Cap dagangan ( Trademark).
  2. Membantu draf pendaftaran paten rekacipta, draf Cap Dagangan ( Trademark) , Teknik memiliki Hakcipta Terpelihara serta susunatur litar bersepadu.
  3. Menyediakan Smart Partnership Programe ( Program Perkongsian   Pintar ) dengan Pemilik Harta Intelek.
  4. Menjalankan program pameran bergerak harta Intelek.
  5. Mempromosikan harta intelek yang telah ada oleh hasil anak tempatan Sabah kepada Masyarakat.
  6. Mendapatkan pelabur yang serasi dengan pemilik harta Intelek untuk memasarkan produk.
  7. Menjalankan Jejak Perekacipta Sabah dengan mengadakan Roadshow ke seluruh negeri Sabah sebulan sekali.
  8.  Menyokong usaha Kerajaan melalui MOSTI dan Yayasan Inovasi Malaysia sambil mempromosikan secara sukarela kedua-dua agensi  tersebut.



Halatuju SAINS :

Aktiviti Program SAINS bukanlah untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya dimiliki oleh Syarikat Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise. Ianya merupakan payung untuk para perekacipta atau inovator bagi meneruskan usaha hasil harta intelek mereka. Melalui konsep menang-menang” maka ahli pasukan SAINS akan berkerjasama antara satu sama lain biarpun Program ini tidak mempunyai sebarang dana menjalankan aktivitinya.Setiap Dana yang diperlukan adalah dikeluarkan sendiri oleh para peserta aktiviti setakat kemampuan kewangan mereka.Aktiviti secara sukarela ini akan memberi motivasi kepada pihak ahli SAINS untuk terus mencapai impian memasarkan produk harta intelek mereka kepada pengguna.

Dana SAINS :

SAINS tidak memungut sebarang bentuk pembayaran tetap kepada ahli Pasukan serta tidak mempunyai rekod kewangan.Sekiranya ada aktiviti pameran atau roadshow, para ahli yang mampu menyertai aktiviti tersebut hanya perlu menyediakan bahan atau peralatan semasa pameran manakala sebarang pembelian dilakukan sendiri oleh sesiapa sahaja yang rela membuat pembelian.



Senarai Harta Intelek Yang sudah dipatenkan oleh Para Ahli SAINS:

1. Smart Handphone Box ( 2011) { 8 Model }
2. Drain Shaft Trap Puller ( 2011 )
3. Drain Oil Trap (2011)
4. Oil Fat Trap & Filter ( 2011 )
5. LPG Vehicle System ( 2011 )
6. A Heating Apparatus ( 2011)
7. LPG Petrol Engine Flow Supply Control Box Kit (2012 )
8. LPG Petrol Engine Mixture  Supply Control Box Kit (2012 )
9. SHB Genius Charger ( 2012 )


Senarai Harta Intelek Yang sedang dibangunkan oleh Para Ahli SAINS :

1. Magic Genset
2. Hydro Fuel
3. Diesel Hybrid Fuel Engine System
4. 12V Fuel Station
5. Laptop Battery Long Life System
6. Vehicle Anti Cabin Heat
7. Computer 5 in 1 Device
8. Electronic Locking System




Senarai Ahli SAINS yang telah memiliki PATEN di Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 23 Mei 2012

1. En. Rahman ( 6 paten ) ( amX2e )
2. En. Jupili ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pensyarah} 2012
3. En. Firdaus ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
4. En. Kelvin ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
5. En. Obey ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
6. En. Nelson ( 1 Paten ) ILP Kota Kinabalu { Pelajar} 2012
7. En. Tamrin Amboala (1 Paten )  { Pensyarah } 2011
8. En. Wahab (1 Paten ) { Chargeman} 2011

Contoh Pengiktirafan Pemilikan Paten





Senarai Ahli SAINS yang telah mendaftarkan Inovasi di
 Yayasan Inovasi Malaysia

1. Encik Zainuddin ( Friendly Soap Tray ) { 2012}
2. Encik  Asrul Tan ( Battery Water Level Indicator ) { 2012 }

Perbandingan Prestasi Pasukan SAINS 


Kejayaan Kami Yang Sulung
2 Orang Ahli SAINS daripada 3 Pasukan mewakili SAINS
menerima pengiktirafan daripada Yayasan Inovasi Malaysia



© Hakcipta Terpelihara Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise 











Sunday, May 20, 2012

Penyertaan Kami Anjuran Yayasan Inovasi Malaysia




PAMERAN KAMI YANG SULUNG
PASUKAN SAINS ( Sabah Invention Service)
Pameran Sulung atau Road Show Kami Yang Pertama
di  Pekan Kota Marudu pada 19 hingga 20 Mei 2012.
Terima Kasih Kepada :
Kerajaan Negeri Sabah
Jabatan Ketua Menteri Sabah
Yayasan Inovasi Malaysia
Kementerian Sains ,Teknologi & Inovasi Malaysia
Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu, Sabah.


Dijemput untuk Menyertai Pameran di World Innovation Forum 2012 di KLCC pada 4 hingga 8 November 2012 merupakan suatu kenangan manis serta pengiktirafan tertinggi oleh Pihak Kementerian Sains,Teknologi & Inovasi Malaysia.Penyertaan kami bagi mempamerkan Inovasi di Ruang Pameran Yayasan Inovasi Malaysia adalah suatu pengalaman terbaik dimana semua para peserta Jejak inovasi 2012 seluruh Malaysia yang terpilih sebagai inovasi pilihan membuat pameran.Inovasi ahli Pasukan SAINS iaitu Smart Handphone Box telah dinobatkan sebagai Inovasi Pilihan Juri bersama 4 lagi inovasi.Sekalung penghargaan serta Tahniah buat  semua Ahli SAINS yang berjaya menaikkan nama SAINS serta diiktiraf di mata dunia.

Pintu Masuk Ke World Innovation Forum 2012 KLCC


Meja Pameran di World Innovation Forum 2012 KLCC
Peserta dan AJK Pameran
AJK Pameran terdiri daipada Kakitangan
Yayasan Inovasi Malaysia serta Sukarelawan IPT
Pengasas Pasukan SAINS bergambar bersama Menteri Sains,Teknologi & Inovasi
Bergambar bersama Menteri semasa Taklimat
Peserta Jejak Inovasi 2012 

                                   
Menerima Pengiktirafan Pilihan Juri
5 inovasi iaitu
Smart Handphone Box, Kompang X-Ray,Lekor Sistematik,
Angel Hook serta Terubok.


                                  


Membuat pameran di Putatan sempena Pre-Jambori Antarabangsa Pengakap 100 tahun pada 10 & 11 November 2012.Ahli Pasukan Sains yang bertugas ketika itu terdiri daripada En. Jupili,En. Tamrin,En. Firdaus,En. Obey dan En. Voo Mn Ching.

Membuat pameran di Kota Marudu  sempena Pesta Jagung serta pelancaran Penggerak Inovasi 1 Malaysia pada 10 & 11 November 2012.Ahli Pasukan Sains yang bertugas ketika itu terdiri daripada En.Rahman,En. En. Rakin , En. Jason dan En. Nelson.


Saturday, April 28, 2012

Projek Dwi Bahanapi Enjin Petrol


Tarikh Kemaskini : 18.5.2012

Projek kerjasama dengan Institiut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu Sabah ini adalah menggunakan Gas LPG sebagai bahanapi enjin kenderaan petrol.Projek ini adalah juga merupakan projek penambahbaikkan rekacipta sistem yang dibangunkan oleh En. Wahab ( perekacipta sistem ).Akhirnya pada 7 April 2012, projek  ini berjaya dihasilkan.Ianya merupakan kenangan manis pasukan di dalam projek ini  kerana sebelum ini perekacipta dari India dan Thailand gagal dengan sistem ini.Rekacipta ini berbeza dengan sistem NGV ataupun CNG yang telah sedia ada digunakan di Malaysia.Tidak seperti CNG dan NGV yang menggunakan tangki gas pasangsiap dengan tekanan gas yang amat tinggi , rekacipta ini hanya menggunakan tong gas biasa yang digunakkan pada dapur memasak di rumah. Bagi setong gas yang berharga RM28, perjalanan dari  Kota Kinabalu ke Sandakan mencukupi untuk kenderaan 1200 cc. 
Senarai Nama Pasukan Projek:
  1. En. Wahab (  Perekacipta Bebas {Sandakan} &  Perekacipta Sistem  )
  2. En. Tamrin ( Pensyarah Universiti Malaysia Sabah Cawangan WP Labuan )
  3. En. Jupili ( Pensyarah Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
  4. En. Rahman (  Perekacipta Bebas { Kota Kinabalu } &  Draf Daftar Paten Rekacipta )
  5. En. Zainuddin (  Perekacipta Bebas { Kota Belud } & Guru Giat Mara Negeri Sabah )
  6. En. Obey ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
  7. En. Firdaus   ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
  8. En. Nelson   ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
  9. En. Kelvin   ( Pelajar Automotif Institiut Latihan Perindustran Kota Kinabalu Sabah )
  10. En. Mohd Asrul Tan ( Publisiti SAINS {Tenom} Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise )
  11. En. Shelton Chirst Pool ( Pemasangan saluran { Berpengalaman dalam bidang pemasangan  CNG/NGV)
Sebahagian dari ahli pasukan projek
Vedio Kejayaan Kami

Pengenalan
Projek inovasi Bahanapi LPG untuk enjin kenderaan petrol adalah pada awalnya dilakukan secara hobi oleh Perekacipta sistem serta penemuan formula oleh Saudara Wahab yang berasal daripada daerah Sandakan pada tahun 2007 lagi.Pada tahun 2011, saudara Tamrin yang merupakan pensyarah Universiti Malaysia Sabah dan merupakan seorang sahabat kepada Perekacipta asal , telah memfailkan pendaftaran Paten Sistem yang dihasilkan oleh perekacipta . Pada masa yang sama, saudara Tamrin juga telah mendaftarkan rekacipta beliau iaitu A Heating Apparatus dan merupakan rekacipta sokongan . Pada julai tahun 2011 pula satu pertemuan telah dibuat antara saudara Tamrin dengan Pihak Institiut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu Sabah untuk memulakan kerjasama antara beliau dengan Pihak  ILP kota Kinabalu. Bermulalah suatu langkah pembangunan rekacipta yang dihasilkan oleh Saudara Wahab apabila Pihak ILP Kota Kinabalu memperkenalkan seorang Perekacipta Bebas iaitu En. Rahman kepada En. Tamrin. Suatu pertemuan dibuat pada bulan oktober antara En. Tamrin dengan En. Rahman telah menghasilkan suatu komitmen bersama bagi menjayakan lagi rekacipta.
Pada 24 Mac 2012, Pihak Giat Mara Negeri Sabah telah menganjurkan pertandingan Rekacipta bertempat di daerah Semporna, Pertemuan telah berlaku antara ketiga-tiga Individu ini serta suatu perhubungan telah terjalin.Pada masa yang sama saudara Zainuddin iaitu salah seorang tenaga pengajar di Giat Mara amat intim menyertai sebarang perbincangan berkenaan Sistem Bahanapi LPG.Hasil daripada pertemuan di program tersebut maka, sekembalinya saudara Rahman dari daerah semporna maka suatu pasukan telah dibentuk di ILP Kota Kinabalu yang di sertai oleh 4 orang pelajar Automotif iaitu En. Firdaus , En. Obey, En. Kelvin dan En. Nelson manakala seorang Pensyarah iaitu En. Jupili sebagai ketua pasukan manakala En. Rahman sebagai pembantu rekacipta.
Selepas rekabentuk rekacipta dibuat, maka kerja-kerja menghasilkan rekacipta ini bermula.Hasil tunjuk ajar saudara Wahab, maka rekacipta ini Berjaya dihasilkan pada 7 April 2012.Sungguhpun begitu didapati juga semasa kerja-kerja penghasilan rekacipta ini, beberapa rekacipta juga telah dihasilkan bagi menyokong rekacipta tersebut lebih sempurna.
Hasilnya, melalui kerja-kerja inovasi maka sebanyak 5 paten telah dibuat.Antara paten rekacipta adalah seperti berikut :

1.       Sistem Bahanapi LPG untuk Enjin Petrol
      ( Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia  PI 2011002911 )
Direkacipta oleh Saudara Wahab dan pemilik Paten.
2.       
      Sistem pencairan cecair Gas ( A Heating Apparatus )
      (Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia  PI 2011002911 )
Direkacipta oleh Saudara Tamrin dan pemilik Paten.
3.      
      Kotak Kit Pengawal Bekalan Aliran Gas Kenderaan Enjin Bahanapi Petrol
(     (Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek MalaysiaPI 201200 2144)
Direkacipta bersama oleh En. Rahman,En. Jupili,En. Firdaus,En. Obey,En. Kelvin &  En. Nelson
Manakala hakmilik paten adalah Hakmilik Bersama.
4.       
       Kotak Kit Pengawal Kuantiti Bekalan Aliran Gas Kenderaan Enjin Bahanapi Petrol
       (Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia PI 2012002022)
Direkacipta bersama oleh En. Rahman,En. Jupili,En. Firdaus,En. Obey,En. Kelvin &  En. Nelson
Manakala hakmilik paten adalah Hakmilik Bersama.

5.       Kotak Kit Pengawal Bekalan Dan Kuantiti  Aliran Gas Kenderaan Enjin Bahanapi Petrol
      ( Rujukkan Pendaftaran Paten Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia PI2012003678 )
Direkacipta bersama oleh En. Rahman,En. Jupili,En. Firdaus,En. Obey,En. Kelvin &  En. Nelson
Manakala hakmilik paten adalah Hakmilik Institiut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah.


Gambar kerja-kerja pemasangan dan ujian rekacipta

Para Pelajar ILP Kota Kinabalu yang juga merupakan pemilik  Harta Intelek bersama
Dari Kiri : En. Nelson,En. Firdaus, En. Kelvin dan En. Obey.

Gambar kenangan pasukan SAINS bersama Pemangku  Ketua Pegawai Eksekutif 
Yayasan Inovasi Malaysia bertempat di Hotel Meridian Kota Kinabalu,SABAH.
Dari kiri En Firdaus,En Kelvin,Puan Sharmila,En Zainudin,En Jupili,CEO YIM,En Rahman,En Nelson,En Obey dan En Mohd Asrul Tan