Saturday, August 13, 2011

LATARBELAKANG RINGKAS REKACIPTA



 © Utusan Melayu (M) Bhd   
02/12/2012
Inovasi cegah curi kenderaan

Kotak mengandungi telefon bimbit yang akan dipasang di dalam kenderaan.

MASALAH kecurian kenderaan menyebabkan seorang pereka muda dari negeri di bawah bayu Sabah menghasilkan Smart Handphone Box.Perekanya, D H Mil Rahman Biok telah berjaya menghasilkan ciptaan terbarunya itu untuk sistem keselamatan kenderaan.
Ciptaan itu telah menarik minat penganjur Jejak Inovasi iaitu Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) membawa Rahman dan inovasinya untuk dipamerkan sempena Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur (WIFKL 2012) baru-baru ini.Smart Handphone Box yang telah dipatenkan itu membolehkan kenderaan 'memberitahu' pemiliknya jika diceroboh atau dicuri walaupun sistem keselamatan kereta telah diputus atau dirosakkan.
Wakil Rahman, Jupili Waiman berkata, sistem berkenaan boleh disambungkan dengan mudah ke sistem keselamatan kereta tanpa pengubahsuaian besar pada kenderaan."Ia hanya menggunakan mekanisme mudah yang akan mendail nombor telefon yang telah didaftarkan dalam senarai pemanggil seperti pemilik, keluarga atau pihak berkuasa," katanya semasa ditemui di WIFKL.
Menurutnya, mekanisme berkenaan akan berfungsi apabila sistem keselamatan diaktifkan atau semasa sistem keselamatan kenderaan diceroboh tanpa pengetahuan penjenayah.Rahman mendapat idea bagi rekaannya apabila adiknya tersilap mendail nombor telefonnya pada 1996.
Ketika itu dia tahu peralatan yang boleh 'memberitahu' pemilik kenderaan jika kenderaan dicuri boleh dibangunkan.Bagaimanapun Rahman tidak dapat membinanya kerana ketika itu komponen yang diperlukan sukar didapati.Kini setelah 15 tahun, Rahman mendapati komponen berkenaan mudah didapati di kedai-kedai elektronik di bandar Kota Kinabalu, Sabah.

CanggihMenurutnya, kini sistem yang lebih maju dan canggih boleh didapati dengan kos kira-kira RM5,000 tetapi beliau sendiri boleh membina dengan harga yang mampu dimiliki oleh semua orang tanpa menggunakan telefon bimbit.Apa yang lebih menarik kata Jupili, peralatan ini boleh mengesan lokasi kenderaan walaupun berada di dalam bangunan.
"Kenderaan yang dipasang dengan sistem itu akan menghantar SMS apabila kenderaan diceroboh walaupun pemilik berada di tempat lain."Ini berbeza dengan sistem keselamatan yang hanya membunyikan penggera jika kenderaan diceroboh," katanya.
Ini membolehkan pemilik menghantar SMS kepada kenderaan mengenai langkah seterusnya sama ada menghentikan kenderaan, mengunci pintu atau apa-apa arahan yang telah didaftarkan.Ini memberikan peluang kepada pemilik kenderaan untuk menelefon pihak berkuasa seperti polis bagi mengesan kenderaan mereka.
Malah kaedah ini membantu pemilik yang sering terlupa mengunci pintu kenderaan mereka.Jupili berkata, peralatan berkenaan bukan saja boleh digunakan bagi kereta tetapi kenderaan lain seperti motosikal dan hartanah seperti rumah, gudang atau pejabat.
Peralatan berkenaan juga boleh ditambah fungsi dengan memberhentikan kotak gear atau aliran petrol ke kereta apabila sistem diaktifkan.Ini bermakna penjenayah tidak dapat lari jauh dengan kereta yang dilengkapi sistem ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20121202/st_01/Inovasi-cegah-curi-kenderaan#ixzz2JqtGsEK2

Sunday, January 30, 2011

Berpengakap Menjana Kreatifviti

ANDA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH AKTA 114A SEKIRANYA MENULIS KOMEN
 YANG MELANGGAR 
UNDANG-UNDANG NEGARA









Menyertai Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia Cawangan Sabah pada 29 Januari 2011 semasa Makan Malam ahli persaudaraan bertempat di Berjaya Palace Hotel. Idea yang mula tercetus ini pada tahun 1992 semasa Jambori ke 8 Malaysia di Tambunan.Saudara Ahmed Tariq Datuk Aripen adalah inidividu yang amat berjasa melahirkan PPRMCS serta menjayakan makan malam PPRMCS yang pertama.Tak cukup meja di luar jangkaan kerana cinta masih terhadap Pengakap amat tinggi, biarpun tidak seaktif dahulu, namun masih mahu ambil berat.




 Menerima Anugerah Lencana Pengakap Diraja daripada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Almarhum Tun Said Keruak pada Mac 1988. Anugerah ini merupkaan sasaran penyertaan para remaja yang menyertai Pertubuhan Pengakap sedunia untuk diperolehi. Peluang sekali dalam seumur hidup melangkah ke Istana negeri sambil menerima anugerah daripada Ketua Pemerintahan Negeri iaitu Tuan Yang Terutama wakil kepada Duli Yang maha Mulia Seri Paduka Baginda.


Keratan Akhbar Sabah Times 1 April 1988. Daripada puluhan ribu pengakap ketika itu hanya 13 orang pengakap yang berjaya menerima anugerah ini daripada Tuan Yang Terutama Almarhum Tun Said Keruak.